
SOUTHERN PRO FISHING TACKLES merupakan sebuah syarikat yang membekal joran dan peralatan memancing. Ibu pejabat kami berpusat di Johor, Malaysia. Dengan kepakaran dan pengetahuan mendalam mengenai seni memancing, kami menyediakan pelbagai produk yang berkualiti, serta menyokong komuniti memancing di seluruh rantau ini.
Komitmen kami adalah untuk menyediakan pilihan peralatan memancing yang lengkap dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami. Kami memahami bahawa memancing bukan sekadar satu hobi, tetapi juga merupakan gaya hidup yang mendalamkan penghayatan alam semula jadi dan menghilangkan tekanan harian. Dengan itu, kami berusaha keras untuk menyediakan produk memancing yang inovatif, tahan lasak, dan berdaya tahan tinggi, agar setiap peminat memancing dapat mencapai prestasi maksimum dalam aktiviti kegemaran mereka.
Visi:
Menjadi kedai memancing paling berjaya di seluruh Malaysia.
Misi:
Biarkan semua peminat memancing menikmati memancing pada harga yang berpatutan.
Kenapa Pilih Kami:
- Pelanggan didahulukan.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu memancing.
- Harga berpatutan.
- Mesra terhadap pelanggan.